Dashboard | +Follow
Follow @khalilood
Thumbs UP
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin :'(
Sunday, 19 August 2012 • 12:49 • 0 comments

                                             
       
                    Hai, Assalamualaikum :) Apa khabar? Aku dekat sini tak berapa baik :'/ Haha, don't worry. Aku okay :-D Hehehe. Eh, BTW 'SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.' Korang raya mana tahun ni? Balik kampung? Best tak? Aku raya sini KL je tahun ni :'( Tak best langsung. Raya tahun ni macam tak bagi apa apa makna. Tak bagi kegembiraan langsung dekat aku :( Hmmm, tak apa. Raya tahun ni, aku rasa macam bosan, sedih, kecewa, rasa nak mati semua ada :'/ Hahaha K. 

                    Raya tahun ni lain dari yang lain. Mama cakap 'Kalau nak balik kampung. Balik Melaka. Balik kampung belah mama pulak. Takkan setiap tahu nak raya sebelah papa je. Mama pun nak raya dekat kampung mama juga. Kalau tak nak raya dekat Melaka, tak payah balik kampung. Raya sini je.' Aku masa tu dah macam.. Hah :O Sedihnyaaaa :'( Dah la kampung belah mama sorang pun aku tak kenal. Yang aku kenal sorang je, Adik arwah Nenek aku. Gila. takkan aku nak sembang dengan dia sorang je. Haih... Memang bosan la cerita.

                     Lagi pun, raya tahun ni tak best sebab ARWAH NENEK TAK ADA. Maybe, itu yang menyebabkan aku rasa raya tahun ni lain dari yang sebelum sebelum ni. Puasa tahun ni pun sama :'( Tak best langsung sejak tak ada ARWAH NENEK. Hmmm, sumpah aku rindu nak raya dengan nenek. Rindu sangat :'( Dulu, masa nenek ada, meriah je rumah. Tak sunyi macam sekarang ni. Semangat aku pun membara je nak sambut raya. Tapi, now.. Dah tak ada dah semua tu. Semua hilang macam tu je. Hilang dalam sekelip mata. Aku rasa macam ini satu mimpi ngeri yang paling ngeri yang aku pernah rasa.

                      Raya tahun lepas, best sangat. Macam macam aku sakat ARWAH NENEK. Sampai dia pun dah penat nak melayan karenah aku. Haha, rindu nak tengok senyuman arwah nenek aku yang menawan tu. Rindu sangat. Masa aku tolong buat lemang dengan rendang ayam untuk persiapan raya dekat kampung dengan arwah nenek, macam macam cerita aku cerita dekat nenek. Semuanya pasal aku, arwah nenek paling banyak tahu. Aku rindu nak tengok nenek gembira, rindu nak tengok senyum depan muka aku, rindu nak peluk nenek, rindu nak bau haruman yang melekat dekat badan nenek, rindu nak tolong nenek masak, rindu nenek suapkan aku ubat masa aku sakit. Rindu semuanya tetang  ARWAH NENEK

                       Paling aku rindu, nak nyanyi lagu raya sama sama dengan nenek dalam kereta masa dalam perjalana pulang ke kampung. Yang paling tak boleh lupa, nenek peluk aku macam suami dia masa dalam perjalanan nak pergi surau untuk solat sunat Aidilfitri. Nenek sendiri cakap 'Angah tahu tak? Nenek dulu masa dengan atuk kau dulu, nenek selalu peluk dia macam sekarang ni la. Macam yang nenek tengah peluk angah ni. Nenek rindu atuk kau. Sekarang, atuk dah cerai dengan nenek, angah je la yang jadi peneman nenek sejak atuk tak ada' Dan secara tiba tiba, air mata arwah nenek mengalir deras membasahi pip dia. 

                        Aku dengan tak tahu nak buat apa? Aku ambil lengan baju aku, aku lap kan air mata arwah nenek aku yang mengalir tu. Sambil tu aku peluk nenek & cakap 'Nekk, tak mau la nangis. Angah tahu nenek rindu atuk, tahu sangat. Lagi lagi pagi raya macam ni. Kalau angah dalam situasi nenek pun, angah akan jadi macam mana nenek sekarang ni. Angah tak nak tengok nenek sedih sedih, nanti angah pun sedih. Dah la tu nekk, kita pagi pagi raya ni, nak gembira. Bukan nak bersedih nekk. Stop menangis nekk..' Dan tiba tiba air mata aku pun turut jatuh membasahi pipi aku. Arwah nenek masa tu, peluk aku erat sangat. 

                        Masa tu paling menyentuh hati. Bukan itu je yang tak boleh lupa. Kalau nak ceritakan, memang banyak. Aku rasa tak muat entry ni. Hahaha. Sayangnya, Allah lebih menyayangi arwah nenek. Lagi pun, masa tu nenek dah start sakit sakit. Aku kesian sangat tengok nenek aku. Setiap kali aku solat, aku mesti takkan lupa doakan untuk ARWAH NENEK. Aku tahu, walaupun aku ni solat tak penuh lima waktu. Aku harap Allah terima doa aku untuk orang yang paling bermakna dalam hidup aku. InsyaAllah. Semoga arwah nenek ditempatkan dikalangan orang yang beriman. AMIN YA ALLAH!    Al - Fatihah.  


                       
                         Lagi pun, raya tahun ni aku tak seriang, sebising, segembira berbanding waktu nenek ada dulu, Now, Orang orang yang aku sayang, semuanya dah jauh dari aku. Bukan setakat nenek sorang je :'/ DIA pun semakin renggang dengan aku. I don't know why? Sejak bulan puasa, perangai aku berubah. Sejak pertengahan bulan puasa, sikap aku jadi macam aku pun tak tahu nak cakap macam mana? Tapi, perangai aku, sikap aku, jadi tak tentu hala. Rasa macam serba tak kena, serba tak lengkap dengan diri aku. Mungkin Arwah nenek yang telah meninggalkan aku hampir setahun atau orang orang yang aku sayang semua jauh dari aku :'( Maybe, because of that I've changed :'/

                           Dear SITI NURWAHIDA. I'm so sorry sayang. I miss you so badly. If you think I've changed. That's right. Hmmm, it's up to you, either you wanna forgive me or not. I cannot force you to forgive me. Here, I want to apologize of all my fault to you. If you don't forgive me and you wanna me to don't find you anymore. Okay, I'll do it for you. I'm won't never disturb you anymore :'( I'm sorry about this :'/ I think I've changed a lot lately. 

                           Saya rindu nenek saya dan sayang saya. Saya rindu mereka. Rindu sangat.. Hidup ini umpama tiada makna lagi tanpa nenek dan dia. Nenek, angah janji, angah akan buat nenek & papa dengan mama bangga dengan angah. Macam yang nenek cakap dulu. Angah akan buktikan semua tu. Suatu hari nanti, insyaAllah. Nekk, angah rindu nenek. Angah ingat nak pergi ziarah nenek. Tapi, mama dengan papa :'( hmmm, diorang memang tak faham kita rapat macam mana nek. Diorang takkan faham nek. Takkan! :'(

           Angah akan sentiasa ingat nenek. Nenek segalanya bagi angah. Kenapa la Allah tak ambil angah sekali pergi dengan nenek? Kenapa eh nek? Dia tahukan angah betul betul sayang nenek. Ya Allah, kenapa kau beri dugaan yang seberat ini kepada aku? Aku bukan la seorang nabi. Aku tak sanggup ya Allah. Tak sanggup  nak hadapi semua ni lagi. Kenapa kau jauhkan orang orang yang aku sayang dari aku? Ya Allah... Mula mula nenek. Sekarang Wahida. Lepas ni siapa pula? Kenapa kau tak ambil je aku pergi sekali. Kalau kau bagi peluang untuk mereka dekat dengan aku semula, hati aku sentiasa terbuka untuk diorang.

                            Akhir kata dari saya, Assalamualaikum. Selamat menyambut hari raya. Moga hari raya pada tahu ini memberi makna kepada korang semua. Amin! InsyaAllah :)

MOST DOPE



Owner

Khairul Ikhwan. 15 years old. Ampang. SMK Pandan Jaya. Taken♥
Back to past



Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : Khai
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google